fbpx

imtiyaz

ATHOILLAH

TERUS MELANGKAH DALAM PENDIDIKAN AL QURAN

latar belakang

Syarikat Imtiyaz Athoillah Sdn Bhd Bermula Dengan Hasil Kerja Keras Pengasas Syarikat, Ustazah Siti Noor Shazwani Binti Jaafar Setelah Bertahun-Tahun Mengimpikan Pusat Pembelajaran Al-Quran Sendiri. Minat Yang Mendalam Dalam Bidang Pendidikan Al-Quran Telah Mendorong Beliau Membuka Pusat Pembelajaran Al-Quran Dibantu Oleh Jenama Al Baghdadi. Berbekalkan Pengalaman Berkhidmat Sebagai Guru KAFA Dan Sokongan Ahli Keluarga Yang Tidak Pernah Putus, Beliau Yakin Syarikat Ini Mampu Berkembang Dan Diurus Dengan Baik.

Latar Belakang Syarikat Adalah Bermula Pada 13 April 2016 Dengan Penubuhan Syarikat Enterprise Yang Berdaftar Dengan Kerjasama Al Baghdadi Group Yang Memiliki Teknik Pengajaran Tersendiri Dan Unik. Syarikat Enterprise Yang Dinamakan Athoillah Al Baghdadi Center Ini Menjalankan Tiga Program Teras Yang Ditawarkan Al Baghdadi Group, Iaitu Al Baghdadi Learning Center (ALC), NADI Al Baghdadi Center (NADI) Dan Al Baghdadi Quranic Language Center (AQLC).

Athoillah Al Baghdadi Center Enterprise Pada 2 Julai 2018 Kemudiannya Didaftarkan Kepada Syarikat Imtiyaz Athoillah Sendirian Berhad Untuk Terus Berdaya Saing.

Syarikat Imtiyaz Athoillah Sdn Bhd Mula Mengorak Langkah Meluaskan Skop Program Agar Masyarakat Sekitar Lebih Mendapat Manfaat Dalam Pengajian Al Quran Melalui Perspektif Yang Lain. Antara Program Yang Dijalankan Oleh Syarikat Adalah Program Lughatul Quran, Kem Motivasi Quran Score Dan Kem Misi Celik Quran.

Dengan Prinsip “Terus Melangkah Dalam Pendidikan Al Quran”, Kami Percaya Mampu Melangkah Lebih Jauh Untuk Menyumbang Dalam Pendidikan Al Quran Serta Menjadi Usahawan Pengajian Al Quran Yang Lebih Berwibawa Pada Masa Akan Datang.

anugerah

OBJEKTIF SYARIKAT

IMTIYAZ ATHOILLAH SDN BHD BERILTIZAM UNTUK MENJADI ANTARA SYARIKAT UTAMA YANG MENYEDIAKAN WADAH PENGAJIAN ILMU AL-QURAN DI KUANTAN DAN KELAK DI SERATA DUNIA MELALUI TEKNIK PEMBELAJARAN AL BAGHDADI. 

SYARIKAT INI JUGA BERAZAM MELAHIRKAN KOMUNITI YANG MAHIR ILMU AL-QURAN; SETERUSNYA KOMUNITI INI MAMPU MEMBIMBING KELUARGA MEREKA PULA KE ARAH KEFASIHAN BACAAN AL-QURAN.

VISI SYARIKAT

MENJADI PENERAJU UTAMA BAGI INSTITUSI PENGAJIAN AL-QURAN SERATA DUNIA DALAM MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN BARU YANG MAHIR DAN BERKUALITI.

MISI SYARIKAT

  1. MEREALISASIKAN AGENDA PEMBANGUNAN MASYARAKAT YANG MAHIR ILMU AL-QURAN BERPANDUKAN TEKNIK PEMBELAJARAN AL BAGHDADI SECARA TERANCANG DAN MENYELURUH.
  2. MENERAPKAN BUDAYA KERJA DAN PRINSIP BERTERASKAN KONSEP “IMTIYAZ ATHOILLAH”
  • I – IMAN
  • M – MESRA
  • T – TULUS
  • I – IDEALISTIK
  • Y – YAKIN
  • A – AMANAH
  • Z – ZUHUD
  • A – ADAB
  • T – TEKUN
  • H – HARMONI
  • O – OPTIMIS
  • I – IKHLAS
  • L – LILLAHITAALA
  • L – LINCAH
  • A – AKRAB
  • H – HARUM

PERKHIDMATAN KAMI

  • KELAS AL QURAN DEWASA
  • KELAS AL QURAN KANAK-KANAK
  • KELAS TAJWID
  • TADIKA AL QURAN
  • TASKA AL QURAN
  • KEM CUTI SEKLOAH
  • PROGRAM MOTIVASI
  • PROGRAM PENDIDIKAN

kata-kata semangat

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan

Contact Me

Email : cs.imtiyazathoillah@gmail.com

No Tel: 013-9615977